SaLAm DiHuLuR PemBUka BIcAra

Sunday, November 17, 2013

Tips Berurusan Dengan Ajnabi




ELAKKAN BERURUSAN DENGAN LELAKI ATAU PEREMPUAN AJNABI
-          Selagi masih boleh kita elakkan,elakkanlah. Carilah peluang sehabis mungkin untuk minta tolong daripada kaum sejenis, kecuali bagi perempuan dalam hal2 yang memang hanya lelaki yang pakar. Contohnya, repair kereta, repair laptop, dan lain2. kalau terpaksa pun,dalam hal2 yang tidak menimbulkan fitnah seperti membincangkan hal2 kerja atau pelajaran,dan diiringi oleh teman bukan berdua kerana syaitan akan menjadi orang ketiga.

GUNAKAN PERANTARAAN JIKA TERPAKSA BERKOMUNIKASI
-          Kalau lelaki atau perempuan terpaksa berkomunikasi dengan yang ajnabi juga,gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti zaman sekarang ini,SMS. Selain itu, boleh juga menggunakan emel atau nota kecil. Gunakanlah perkataan2 formal,bukan bahasa pasar dan bahasa manja2. contoh, maaf (bukan sowy), terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu, tak payahla nak manja2 dengan guna smiley ke, ;D,gelak2 manja ke, (hehe or hihi) dan lain2 yang tidak ada kena mengena dengan perbincangan atau perkara yang hendak dicakapkan.
-          Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul2 “urgent”. Suara lelaki yang kadang2 romantik dan manja boleh mencairkan hati perempuan. Suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan bernama lelaki. Buktinya, Allah ‘sound’ wanita supaya jangan lembutkan suara dan bercakaplah dengan tegas dan cara yang baik.

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلا مَعْرُوفًا
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik, ( Al-Ahzaab,ayat 32 )
-          kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri2 Nabi saja, sepatutnya kaum Hawa juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka iaitu darjat wanita bertaqwa dan wanita2 yang terpilih. Best kan..??

TUNDUKKAN HATI
-          Apabila kita terpaksa berurusan dengan ajnabi, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki atau perempuan ajnabi tersebut tertarik pada kita. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi, banyakkan beristighfar dan berdoa di dalam hati “Ya Allah, janganlah Kau jadikan ajnabi ini tertarik kepadaku..jauhkanlah pandangan kami daripada pandangan2 syaitan”.

TUNDUKKAN PANDANGAN
-          Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, “make eye contact with the person you’re talking”. Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina saja. Kalau ada “eye contact” dengan berlainan jantina ajnabi, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati”,itu benar2 biasa biasa berlaku.
-          Para sahabat dulu pun Allah perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri2 Nabi.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلا أَنْ يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَى طَعَامٍ غَيْرَ نَاظِرِينَ إِنَاهُ وَلَكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوا وَلا مُسْتَأْنِسِينَ لِحَدِيثٍ إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ يُؤْذِي النَّبِيَّ فَيَسْتَحْيِي مِنْكُمْ وَاللَّهُ لا يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَدًا إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمًا
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali bila kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu diundang maka masuklah dan bila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa asyik memperpanjang percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi lalu Nabi malu kepadamu (untuk menyuruh kamu ke luar), dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengawini istri-istrinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah. ( Al-Ahzaab,ayat 53 )
-          Tetapi,kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan mata kita ni dengan fail ke..buku ke..selamatlah sikit dari panahan syaitan.

CEPATKAN URUSAN
-          Perkara ini applicable kepada kita semua sama ada students or orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki or perempuan yang ajnabi. Dah memang tak dapat nak elak,so,apa2 kerja yang dibuat bersama,buat sahajalah kerja itu. Tak payahlah buat2 lambat,borak2 dulu ke,buat lawak,Tanya soal peribadi la..gelak2..tak perlu la..buat kerja cepat2 n then go..discussion pula,buatlah di tempat yang terbuka dan berurusablah secara professional. Cepatkan urusan kita,then,kita boleh pergi.
Semoga kita dikenali sebagai mukmin dan mukminat yang ada identiti, taat perintah Allah dan takutkan hari pembalasan. Semoga kita tidak lalai dan saling ingat-mengingati dikala ada yang alpa. Jagalah diri, hiasi peribadi.
JOM BERUBAH KE JALAN YANG DIREHDAI ALLAH SWT!!

Thursday, November 14, 2013

Air Mata Seorang Lelaki



Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.



Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.
Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:
"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."
Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:
"Wahai Jibril, apakah air itu?"
Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Sincerely Perindu Illahi:)